You are viewing [info]messithara's journal

September 2009

S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Syndicate

RSS Atom
Powered by LiveJournal.com

Previous 10

Sep. 30th, 2009

Le Tour de Raya


Selamat Hari Raya
- tu kire template punye ucapan la bila tiba jek bulan Syawal.

Hari ni hari pertama aku kerja semula selepas 11 hari cuti beraya. Kata kawan-kawan cuti raya aku da macam cuti kawen..hehehe nak buat macam mana da rezeki aku bila tiba raya je mesti dapat cuti lama. Tahun lepas cuti raya aku 3 minggu tahun ni 11 hari..hehehe da rezeki kan...So hari ni consider aku punye monday blue la walaupun hari ni hari Rabu sebab hari ni 1st day kerja.

Raya tahun ni banyak kurang meriah nya. Dah la gaji masuk 3 hari lepas 1 syawal baju raya pulak jiran rumah salah jahit kereta nak balik kampung banyak pulak mintak gantinya nasib baek la aku ni hidup di kelilingi oleh orang-rang yang selalu memanjakan aku...so aku sangat la berterima kasih pada abang aku yang selalu je menjalankan tanggungjawab dia...hehehee

Hurmmmm..komen sikit pasal raya tahun. Memang banyak sangat la kurang meriah macam aku cakap tadi. Rumah sedar mara pun tak banyak yang aku pergi. Rumah kawan-kawan pun cumala 8 buah rumah jek..Itupun 2 buah rumah kawan, aku pergi tanpa niat. Pergi koboi je dengan jeans and t-shirt adik aku..hehehe..tahun ni baju raya kurang, budget duit raya pun memang kurang, nak pergi beraya pun tak de semangat, KARI AYAM pun takde buat....haih~

Tak pelah, yang penting semua happy.

Btw, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat handai rakan taulan dan juga saudara mara..

Ada masa kt bejumpa walaupun bukan d hari raya...


Btw, aku nak ucapkan lah selamat hari raya pada rakan taulan sahabat handai sedara mara. Semoga kita berjumpa di hari lain walaupun bukan hari raya...





so ni je aktiviti aku masa raya hari tu..











 

Sep. 7th, 2009

*sigh*

Time : 2349
Venue : In my small room


Good Nite

I want nothing. But I need my sleep time. Having a good rest and perhaps experiences a very sweet dreams. And I wish once I wake in the early morning tomorrow all the memories that I dun want to remember will be erased.




Nothing,
Messithara
18 Ramadhan

Aug. 17th, 2009

Kemasukan jurnal : 2356


Kemasukan jurnal dalam keadaan emosi yang agak melankolik. Mungkin bunyinya agak suram. Keadaan fizikal juga yang agak tidak begitu baik.Mungkin aktiviti harian sejak kebelakangan ini membebankan tubuh badan yang juga memerlukan waktu lapang. Agak penat tapi agak puas..setidak-tidak fikiran tidak terlalu tertumpu kepada sesuatu yang patut dilupakan. Tiada sebab mengapa seperti ingin menulis di sini, mungkin sahaja kerana ingin berbicara tetapi tiada siapa di rumah waktu ini.

Sejak minggu lalu tuntutan kerja agak merumitkan. Keperluan untuk memanjangkan tempoh waktu bekerja setiap hari ada masanya agak membosankan tetapi mengenangkan pada 22hb setiap bulan pendapatan yang bakal di terima terpaksalah menjalankan tanggungjawab seikhlas yang mungkin.

Minggu lepas pertama kali di arah bertugas di luar daerah. Di daerah kecil yang agak terpencil. Mungkin sedikit pembetulan boleh dibuat, bukan diarahkan tetapi sendiri yang agak gatal untuk menerima tugasan luar daerah tu akhirnya diri sendiri menerima padahnya. Seorang diri di daerah Bentong membuatkan perasaan agak kucar-kacir. Perkataan yang mungkin agak sesuai ialah "Padan Muka".... apabila mengenangkan imbuhan yang bakal di terima hati pun mula terpujuk. Setidak-tidaknya dapat menambah pengalaman. ayat memujuk hati

Mungkin perjalanan dari Bentong kembali ke Kuala Lumpur kemudian ke Seremban terus ke Johor Bahru dan kembali ke Kuala Lumpur semula membuatkan keadaan fizikal agak tidak tenteram. Memerlukan ruang yang agak lapang. Namun bila memikirkan semula waktu yang telah di habiskan di daerah sendiri membuat hati sedikit terubat. Betullah kata orang , 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri' tapi jangan lupa sediakan payung sebelum hujan....

ok, mungkin selepas ini masih boleh yang di sambung itupun jika ada kelapangan waktu senggang.



 
*80% kronologi kehidupan di tangan dia, terima kasih














 

Aug. 11th, 2009

tatkala....




Rindu....


Menjelma.....

Menghilang...

dan kembali....


 








messithara, ibu kota






 

Jun. 28th, 2009

Hey laaa...

phew...~

Rasanya sudah agak lama tidak ke sini. Sudah 3 bulan daripada tarikh kemasukan jurnal yang terakhir. Kata laluan pun hampir-hampir lupa..Agak sibuk dengan rentetan kehidupan lewat akhir ini. Sibuk dengan tuntutan kerja yang tidak pernah habis. Segalanya agak banyak yang berubah. Majikan juga sudah berubah apatah lagi manusia-manusia di sekeliling. Jika sebelum ini seorang, sekarang ada yang sudah berdua bertiga berempat atau beberapa sahaja lah...

Segalanya perlukan perubahan tetapi sejauh mana perubahan itu boleh membawa kepada kebaikan?Ada yang lantang berbicara tentang perubahan tetapi bukan sesuatu yang mustahil sekiranya masih ada lagi yang berada di takuk yang lama. Masih dengan cerita-cerita lama yang sangat membosankan. Masih dengan teknik-teknik lama yang sudah jauh di tinggalkan teknologi. Sana sini masih lagi dengan cerita lama yang aahhhhh....bosan lah..!! Bagi la cerita yang terbaru..terlatest..!! Balik-balik JALAN cerita yang sama.....berikan teknik dan perisian yang jauh berteknologi, yang lebih mencabar. Yang tidak tercapai akal ku...bukan jadi stalkermotherfucker yang tiada pendidikan tinggi.

Agak lapar...lebih-lebih lagi terhidu bau tumisan jiran tetangga. Jadi sampai di sini dulu. Nak menjenguk kedai mamak yang berhampiran untuk menikmati nasi daun pisang dan teh ais terbaik..!!!

p/s: ingat ye, berikan kami yang terbaik,terlatest dan bukan jalan cerita lama yang cukup membosankan.Tiada cabaran..!!


anti-psychozo

Mar. 26th, 2009

Change begins with choice



Any day we wish ; we can discipline ourselves to change it all.
Any day we wish ; we can open the book that will open our mind to new knowledge.
Any day we wish ; we can start a new activity.
Any day we wish ; we can start the process of life changing.
We can do it immediately, or next week or next month or next year.

We can also do nothing. We can pretend than perform and if the idea of havig to change ourselves makes us uncomfortable, we can remain as we are. We can choose rest over labor, entertainment over education, delusion over truth and doubt over confidence. The choices are ours to make. But while we curse the effect , we continue to hourish the cause. As Shakespeare uniquely observed " the fault is not in the stars, but in ourselves".

We created our circumstances by our past choices. We have both the ability and the responsibility to make better choices. Those who are in search of the good life do not need more answer or more time to think things better over to reach better conclusions. They need the truth, the whole truth..

We cannot allow our errors in judgement, repeated every day, to lead us down the wrong path. We must keep coming back to those basics that make the biggest difference in how our life works out.

We're not a tree. We have the ability to totally transform every area in our life and it all begins with our very own power of choice.



Love,
YourLoveMyLove
*but I still havent change my mind to always loving you

 



 

Mar. 17th, 2009

If I..


To my dearest;

If Im begging you not to leave me alone;
can you do that..?

If I ask you to stay with me;
would you do that..?

If I wish you to be my sweet lover;
will it come true..?

At least for one beautiful day...


love,
YourLove

 

 

 

 

 

 

Mar. 9th, 2009

what say you..



My name is Siti Hanim Binti Mohd Rais. Im originally Johorian. Im staying at bla...bla...bla...bla...bla...Im not a "datin" or  "dato'" or "puan sri" or whatsoever laa..its just a pic taken during my fren's fren wedding..giler..!!kalau always wear macam tu barulah boleh kot kalau ada yang terasa nak panggil aku 'Siti'..Siti???ok Siti..fullstop..!
so..?


wahahahaaa....tak boleh bla tengok pic kat atas tu..what say you?

btw, Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang aku kenal..





Feb. 27th, 2009

Im free...

Today is my last working day at OSK Investment Bank Berhad..hmmm nothing much interesting just rasa agak lega sebab dah tak payah nak mengadap muka-muka yang sangat irritating..so hari ni im purposely datang lambat ke office..it's around 8.50 a.m baru sampai..tak lah lambat sangat pun sebab im suppose to sign in before 8.15 a.m...so, for the last hari ni im wearing a pink colour with scarf..rasa lain la pakai pink but ok la..for your sake...hahhaa...orang cakap buang tebiat sebelum bla kan...

so, whats my plan lepas nih..apa-apa pun the first thing aku nak buat is balik JB..yeay....for how long..aku pun tak sure..its depends...

well,

I do miss some ppl....

some ppl yang mostly located at southern region of peninsular...

some ppl yang so and soo and soooo great...

Miss to lepaking and jalan-jalan cari makan and having a great laugh with them...






and also I miss to have a great time with them...


*with all the "10-years-relationship".....

and I miss this great moment and absolutely the great ppl...



Ok, frens effective from 28th February 2009 I'll be free until next further notice so I'll be back to hometown to meet all you guys if possible..btw, I'll rodger you all once i reach there..


chills~





 

Feb. 17th, 2009

Special Entry - 1st man in my entire life

 

*kau tu mulalah nak mengelupur kan bila aku tulis macam tuh..mulalah nak send text kat semua ur so-called frens....kecoh ahh..haih~

ok, entry kali ini sengaja di masukkan dengan istimewanya untuk lelaki pertama dalam hidup aku.Lelaki pertama ok! Bukan kedua, ketiga mahupun yang terakhir.Lelaki yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, pengorbanan, kasih sayang dan bermacam benda lagi yang boleh aku jadikan tauladan untuk aku meneruskan hidup.

Dia, lelaki pertama yang aku kenal dalam sejarah kehidupan aku. Penuh dengan kasih sayang walaupun pada aku dia bukan jenis lelaki yang suka menunjukkan rasa sayangnya pada insan lain. Percaya atau tidak, sepanjang hidup aku dengan lelaki ini dia jarang sekali meninggikan suara kerana pada dia kekerasan bukan penyelesaian setiap masalah tapi kalau dah melampau silap-silap kaki tangan pun boleh melayang cuma setakat ini hanya sekali aku terima habuan darinya. Pernah ada satu masa, dia marah aku. lepas tu aku tak bercakap dengan dia. Kononnya merajuk..aku kan fragile.. esoknya dia call aku dari ofis and bertanyakan soalan yang pada aku tak tanya pun tak apa. 'dah makan?' 'dah' sepatah aku jawab. 'sapa ada kat rumah?' 'tak de sape.' ada masa ego aku mengatasi ego dia sebagai seorang lelaki. dia bukan lelaki yang suka memujuk rayu jarang mengeluarkan perkataan maaf tetapi aku sendiri tahu bila dia nak pujuk aku...melt...alah, lagipun tak susah nak pujuk aku..!!!

Di mata aku, dia lelaki yang penuh dengan ketegasan namun cukup bertoleransi. Sentiasa membiarkan aku membuat keputusan dalam hidup aku sendiri asalkan tidak tersasar. Cukup banyak di kurniakan kesabaran melayan kerenah aku. Jarang sekali dia menghampakan permintaan aku walaupun aku selalu menghampakan dia. Dulu, pernah aku menangis sebab kena marah dengan mak aku and masa tu dia nak hantar aku pergi stesen bas. Masa dalam kereta even aku tak mengongoi macam budak kecik depan dia tapi dia tahu aku tengah sedih then dia tanya lagi soalan yang aku tak de pilihan untuk tak jawab. Bila da asyik jawab soalan dia, aku lupa nak teruskan menangis..ajaib kan..tak payah nak bagi ayat-ayat manis tapi dia sendiri dah cukup buat aku terubat..

Sekarang ni dia jauh dari aku..kalau secara fizikal metaloginya jarak antara dia dengan aku lebih kurang 326km. Itu pun sebab aku tengok signboard kat lebuhraya-utara-selatan. Tahun lepas aku tinggalkan dia tapi aku tahu aku tak tinggalkan dia seorang diri. Walaupun aku tahu dia tidak pernah suruh aku tinggalkan dia tapi aku percaya dia faham kenapa aku buat keputusan ni. Aku tinggalkan dia secara fizikal tapi pada aku dia tetap dekat dengan aku. Samada dia jauh ke dekat ke aku selalu doakan yang terbaik untuk dia dan yang lain-lain. Aku tak pernah terfikir nak mencari seseorang yang serupa dengan dia kerana pada aku, dia tetap dia. Dia punya nilai-nilai komersial yang tersendiri.


Secara nalurinya, aku sayang dia dan aku percaya sayang itu akan tetap ada sampai aku sendiri tutup mata. Hari ni genap usia dia 58 tahun. Pagi-pagi lagi aku dah telefon rumah nak wish birthday kat dia tapi mak aku yang angkat dah berborak dengan mak aku sampai tak sempat nak bercakap dengan dia lagipun masa tu aku tengah mengadap kesesakan lalulintas yang macam haram..then aku send text kat dia...

'salam.ayah, selamat hari lahir yang ke-58.I always wish u live in happy life.'

Dia ayah terbaik pada aku. Kadang-kadang kitorang macam kawan. Dia selalu concern pasal kereta aku, pasal kerja aku, pasal KWSP aku, pasal interview aku, pasal tiket bas aku or even tiket flight..pheww.., and macam-macam pasal, and lately ni dia tanya mak aku pasal aku punya life, aku tahu itu cara dia tunjukkan rasa sayang dia pada aku. Pernah dulu aku demam tak de selera nak makan, dia pujuk nak belikan KFC. Masa zaman kanak-kanak aku bila dapat KFC dah cukup heaven dah tuh..Dia pun buat benda yang sama kat kakak,abang and adik-adik aku.Tak de istilah pilih kasih bila dia mendidik and menyayangi kami semua..Dia jarang hampakan kitorang and aku tahu selama ni dia sentiasa ingin berikan yang terbaik untuk kami semua. Pernah dulu darah aku separuh kering bila surat dari sekolah bagitau aku ponteng kelas sampai kat tangan dia. Mak aku da mengaruk sakan, biasalah sape tak hangin kan..tapi ayah cool..dia tanya aku baik-baik but aku still deny then esok nya before dia mengadap cikgu aku dia sekolahkan aku dulu.masa tu memang tebal la kan muka then nak tak nak admit je la..Seingat aku, pernah sekali aku lancarkan perang dingin dengan dia. Masa tu dia marah sangat kat aku sebab aku pulun guna telefon rumah telefon orang sana sini. bila bil sampai memang tak melambung la pulak kan..Dia tinggikan suara sikit jek, aku pulak teruskan lancarkan serang hendap..oups, perang dingin..tak nak tegur dia, tapi dia cool..esoknya dia call aku and ajak aku berbual..aku yang rasa bersalah lepas tuh..haih~ rindu dia..

Terima Kasih and Kudos untuk ayah..!!

kenapa aku tulis ni semua kat sini?tak kan nak tulis kat batu tepi pantai pulak kan...hehhe..at least kalau satu hari nanti aku pergi dulu dari dia, aku nak dia tahu dia tetap yang pertama untuk aku and aku suka jadi anak dia..biarlah semua orang tahu aku bangga bila di hujung nama aku yang dah di daftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara tertera nama dia..


 
                          
*ni pic aku dengan ayah masa birthday aku yg ke-6







Previous 10